Kahilangan Yang Berat Bagi Kami

Assalamualaikum ,

Ramai dah sedia tahu bahawa salah sorang dari rakan kita di SMK Seri Permaisuri telah pergi menghadap-NYA :( Muhd Shafiq bin Mustapha , exident di Pantai Dalam . Hmm , aku tak tahu cerita yang sebenar nya . Yang pasti arwah koma selama seminggu dan menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Jumaat 9:40 malam .


Tadi aku bukak wall arwah , sebak bila baca wall post yang kawan-2 dye hantar . Aku terkilan bila tak dapat nak belanja dye hari tuu . Sebelum nak cuti sekolah , aku terserempak dengan arwah dekat kantin . Dye cakap " Fatin , kau ni bila nak payung aku air sirap doh . Dulukan kau penah janji " Aku pun gelak then cakap " Alahh , aku pokai doh . Yelah-yelah next year bukak school aku payung ehh" Arwah cakap dye nak tuntut janji tuu bila bukak school nanti . Ya Allah , tak sempat aku nak tunaikan janji tuu . Walaupun setakat belanja air , tapi aku terkilan sangat-sangat :'/



Salam Takziah buat Keluarga Muhd Shafiq bin Mustapha . Semoga arwah tenang dialam sana dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman . Al-Fatihah .